Penggunaan emel kini sudah semakin luas selari dengan perkembangan teknologi internet dan komputer. Seperti juga rangkaian laman web sosial, emel pada dahulunya, dalam 10 ke 20 tahun lepas, adalah sesuatu yang kurang dikuasai dan dimiliki oleh pengguna komputer.
Namun kini hampir kesemua rakyat di Malaysia terutamanya generasi belia atau mereka yang bekerja dalam sektor-sektor tertentu diwajibkan mempunyai akaun emel. Perkembangan ini juga dirangsang oleh pendidikan berkomputer dan internet di peringkat sekolah rendah dan menengah, lantas menjadikan emel suatu kemestian dalam masyarakat, apatah lagi pada mereka yang berniaga sepenuh masa atau sambilan yang menggunakan kaedah pemasaran internet.

Google memalui produk emelnya iaitu Gmail telah menjadi antara penyedia perkhidmatan emel berasaskan laman web secara percuma yang terkenal dan sering bersaing dengan hotmail yang dikuasai oleh Microsoft Corporation, Yahoo! Mail milik Yahoo incorporated dan beberapa lagi penyedia khidmat emel yang menjadi penggerak dan "pemain" dalam industri penghantaran mesej.
Video berikut memaparkan secara ringkas apakah yang terjadi ketika emel dihantar sebaik sahaja pengguna menekan butang "send"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan