Keistimewaan keluaran Microsoft : Windows 7




Selepas sistem operasi PC Windows Vista, kini Microsoft melangkah jauh dengan melancarkan Windows 7 yang lebih mesra pengguna, canggih dan pantas. Ia dilancarkan di ibu negara baru-baru ini bersama-sama rakan niaga Intel, HP, Dell, Acer, DiGi, AMD, Asus dan Lenovo.

Sistem operasi baru ini menawarkan antara muka pengguna yang menjadikan tugas seharian lebih mudah. Kehadiran Windows 7 di negara ini disokong oleh rakan niaga Microsoft dengan menggunakannya di dalam komputer dan perisian masing-masing. Dengan pelbagai pilihan PC dan harga, pengguna boleh memilih yang sesuai dengan keperluan mereka daripada netbook, ultrathin notebook dan laptop kepada desktop dan mesin permainan.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood berkata, Microsoft Malaysia amat teruja dengan Windows 7 di negara ini dan merupakan hari yang amat bermakna bagi industri teknologi maklumat (IT).  "Windows 7 telah berada di seluruh negara dan pengalaman di PC semakin bermakna bagi pengguna seperti diimpikan ringkas, pantas, lebih responsif.

"Kami berharap pengguna di negara ini yang menggunakan Windows dan menaiktaraf PC dalam masa 12 bulan ini akan menikmati apa yang dialami oleh lapan juta penguji beta," katanya semasa majlis pelancaran rasmi Windows 7 bagi Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.  Dengan Windows 7, Microsoft telah menjadikan tugasan lebih ringkas, pantas, lebih responsif dan kurang sibuk.

Dalam menjadikan matlamat Windows 7 menjadikan impian sebagai kenyataan Penolong Pengarah Eksekutif Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM), Moses Choo telah melakukan demo bagaimana sistem operasi terkini dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik.  Pada masa yang sama, Microsoft Malaysia, Acer dan Asus mendermakan perisian dan perkakasan komputer kepada NCBM bagi membantu usaha merapatkan ruang digital di antara mereka.

Berbaloi dengan ciri yang diberikan, harga runcit Windows 7 dengan versi penuh bermula dengan RM525 bagi Home Premium, bagi Professional adalah RM855 manakala RM903 bagi Ultimate.  Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Windows 7 boleh layari laman web http://www.win7.com.my/

~Sumber dari Utusan On-line.

Anti virus yang terbaik..?

Tiada syarikat perisian anti virus yang boleh mendakwa bahawa anti virus keluaran mereka yang terbaik berbanding yang lain. Sebabnya ia bergantung kepada perolehan serta pemilikan teknologi pembuatan anti virus.

Lagipun anti virus mahupun virus itu sendiri terdiri dari "coding" (kod aturcara). Mereka yang pandai "bermain" dengan kod-kod ini, maka mereka berkeupayaan dalam mencipta kaedah untuk menyekat serangan virus, dalam erti kata lain, menggunakan kod aturcara untuk menghalang perlaksanaan kod aturcara yang lain. Malah mereka juga boleh mencipta virus jika mereka mahu.

Untuk kategori anti virus percuma (tanpa bayaran tahunan), AVG versi 9.0 adalah yang terbaik, untuk kategori berbayar pula ialah BitDefender atau Kaspersky.

Semua kategori anti virus, sama ada yang percuma atau yang berbayar, perlu fail kemaskini (update) kerana virus baru dicipta setiap hari, maka perlu juga cara baru menanganinya. Di sinilah peranan update diperlukan.

Statistik serangan Virus / Malware : Oktober 2009

  1. Net-Worm.Win32.Kido.ir
  2. Net-Worm.Win32.Kido.ih
  3. not-a-virus:AdWare.Win32.Boran.z
  4. Virus.Win32.Sality.aa
  5. Worm.Win32.FlyStudio.cu
  6. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
  7. Virus.Win32.Induc.a
  8. Packed.Win32.Black.d
  9. Worm.Win32.AutoRun.awkp
  10. Virus.Win32.Virut.ce

Sistem keselamatan terbaru Kaspersky

KASPERSKY menghasilkan dua perlindungan keselamatan komputer menerusi Anti Virus dan Internet Security 2010 dengan ciri perlindungan diperbaharui menerusi sistem unik yang direka khas.

Anti Virus 2010 memiliki ikon baru iaitu Kaspersky Toolbar yang memberi amaran jika laman web yang dilawati tidak selamat selain pembaharuan untuk perlindungan papan kekunci maya serta mod game.

Manakala Internet Security 2010 mempunyai keupayaan yang membolehkan pengguna melayari laman web tidak selamat dengan menetapkannya pada mod Safe Run.

Spesifikasi :-
PRODUK: Kaspersky Anti Virus 2010

HARGA: RM69 (satu PC), RM99 (tiga PC), RM149 (lima PC)
SISTEM OPERASI: Windows XP Home, Professional, Vista Basic, Premium, Business, Enterprise, Ultimate.
PEMPROSESAN: Intel Pentium 300 MHz dan ke atas, Intel Pentium 800 MHz (untuk Vista)
RAM: 256 MB, 512 MB (untuk Vista)


PRODUK: Kaspersky Internet Security 2010

HARGA: RM99 (satu PC), RM149 ( tiga PC), RM239 (lima PC)
SISTEM OPERASI: Windows XP Home, Professional, Vista Basic, Premium, Business, Enterprise, Ultimate.

PEMPROSESAN: Intel Pentium 300 MHz dan ke atas, Intel Pentium 800 MHz (untuk Vista)

RAM: 256 MB, 512 MB (untuk Vista)

Fakta serangan virus

> Sejak April 2009 dilaporkan ancaman Trojan W32/Dropper.PTD meningkat sehingga 66 peratus (Threatscape)

> W32/Dropper.PTD dianggap sebagai trojan permainan atas talian yang paling agresif di Asia melibatkan China sebagai pendahulu dengan 44.86 peratus diikuti pula negara Thailand.

> Jangkitan Conficker.C atau dikenali Worm_downad mampu merebak ke lebih 15 juta komputer seluruh dunia dengan paten bermula 5.885.00. (Trend Micro Inc)

> Peningkatan malware dikesan sebanyak 450,000 dalam tempoh enam bulan pertama 2008 di Malaysia (F-Secure)
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com