Berkuatkuasa pada 1 Julai 2013,
Perniagaan dan perkhidmatan dalam talian perlu mematuhi peraturan Perlindungan
Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 bagi menjamin kepentingan pengguna.
Peraturan ini diperkenalkan bagi
meningkatkan keyakinan pengguna dalam menjalankan transaksi secara elektronik
dengan member perlindungan menyeluruh dan sekaligus membangunkan perdagangan
elektronik di Malaysia.
Antara perkara-perkara di dalam
Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012 ini adalah mewajibkan peniaga
memaparkan :
- Nama pengendali perniagaan / nama perniagaan / nama syarikat
- Nombor pendaftaran syarikat / perniagaan
- Alamat emel dan nombor telefon atau alamat pengendali perniagaan
- Ciri utama barang atau perkhidmatan
- Harga penuh barang termasuklah harga kos-kos lain yang terlibat
- Kaedah pembayaran
- Terma-terma dan syarat-syarat
- Anggaran masa penghantaran

Tiada ulasan:
Catat Ulasan