Persatuan Usahawan Internet Malaysia atau PUIM dan juga dikenali
sebagai Malaysia Internet Entrepreneur Association (MIEA) merupakan
badan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
dan dijalankan bawah Akta Pertubuhan 1965 pada 15 Oktober 2011 yang
didaftarkan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bernombor
pendaftaran 4405-11-WKL.
PUIM merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan, dimana semua ahli warganegara Malaysia boleh menyertainya. Adalah seperti diketahui umum pengguna Internet diseluruh dunia
adalah 50% pengguna bawah 30 tahun.Dan hampir 17 Juta pengguna di
Malaysia, sekaligus ini memberi kesan pelbagai aspek positif dan
negatif. Secara ringkasnya penguasaan generasi Y semakin mendominasi
ruang tara perniagaan Internet dunia.
Banyak isu penipuan, salah tanggapan, kekeliruan penjualan seperti
maklumat produk, penyalahgunaan psikologi pemasaran, maklumat dan
konsultansi tidak tepat oleh syarikat tertentu dalam pemasaran Internet
turut meruncingkan lagi industri Perniagaan Internet di Malaysia
khususnya.
Lebih teruk lagi, penguasaan ekonomi masih lagi rendah dikalangan
Melayu dan peluang Perniagaan Internet adalah besar, dan terdapat hanya
38.1% penjual di Internet dan hanya 2% perniagaan
konvensional menggunakan teknologi ini. Ini adalah amat menyedihkan sama
sekali.
Dan paling mengejutkan juga, perlaksaan dan penyelesaian berkaitan
teknologi dan Perniagaan Internet oleh kerajaan langsung tidak mengambil
kira mereka yang berada dalam Industri Perniagaan Internet ini
sekian lama.
Isu kritikal yang diterperincikan dalam simfoni penubuhan ialah:
- Meningkatkan taraf ekonomi Melayu dari 1% ke 5% dalam bidang teknologi dan pemasaran melalui Internet.
- Memberi ruang baru selain Multi-Level Marketing dan Insurans kepada ruang Perniagaan Internet.
- Mengurangkan masalah pelaburan haram, penipuan, dan penyalahgunaan maklumat dalam bentuk mengelirukan pengguna Internet dalam apa jua bentuk kaedah pemasaran dan jualan.
- Membuka ruang yang betul untuk peniaga konvensional menggunakan teknologi Internet untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka.
- Menjadi badan kerjasama untuk memastikan sebarang perlaksanaan kerajaan berkaitan Industri Perniagaan Internet tempatan selaras dengan pemacu industri ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan