Promosi di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka





ICT Niaga Enterprise telah menjalankan kempen promosi perkhidmatan multimedia, komputer dan peluang perniagaan topup prepaid di Lobi Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada tarikh 10 & 11 Disember 2008 ( Rabu & Khamis ).

Pada kempen promosi ini, memfokuskan pada usaha memperkenalkan perkhidmatan yang boleh diperolehi melalui ICT Niaga Enterprise. Sambutan yang diterima begitu menggalakkan. Selain dari pekerja-pekerja jabatan-jabatan kerajaan yang berpejabat di Seri Negeri, terdapat juga orang awam dan pihak-pihak luar yang datang berurusan, melawat "booth" ICT Niaga Enterprise.

Antara pihak yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ICT Niaga Enterprise ialah Perkampungan Ikan Bakar Terapung ( PIBT ) Umbai Baru, Melaka, yang diuruskan oleh Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. Mereka berhasrat agar ICT Niaga Enterprise membangunkan laman web bagi restoran tersebut.

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com