Tip Perniagaan

Artikel dipetik dari laman web http://www.punb.com.my/

Jangan lokek berbelanja untuk iklan - wawancara dari Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Usahawan bumiputera digesa tidak terlalu `berkira' memperuntukkan sejumlah wang untuk mengiklan dan mempromosikan produk serta perkhidmatan syarikat masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap ini dapat dilihat daripada jumlah usahawan bumiputera yang berbelanja dalam bidang pengiklanan adalah sebanyak satu peratus sahaja.

Katanya, keseluruhan jumlah perbelanjaan pengiklanan yang dilakukan oleh semua syarikat termasuk multi nasional pada tahun lalu adalah sebanyak RM4.5 bilion.

Beliau memberitahu, perbelanjaan pengiklanan yang dibuat oleh kumpulan tersebut adalah melalui media cetak seperti surat khabar manakala pengiklanan melalui televisyen pula terlalu kecil.

Mohamed Khaled berkata, sikap mahu mendapatkan keuntungan segera setelah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam bidang pengiklanan juga perlu dibuang memandangkan ia akan menjejaskan pendapatan syarikat.

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com