Peluang Bisnes Di Bulan Ramadhan

Bulan ramadhan sememangnya terkandung begitu banyak kebaikkan serta rezeki yang Allah limpahkan kepada hambaNya... Lihat sahaja di bazar atau pasar ramadhan, terdapat ramai peniaga bermusim menjual pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Para peniaga yang sedia ada juga melanjutkan masa perniagaan mereka sehingga ke larut malam serta awal pagi, terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur bagi memudahkan penduduk di bandar menikmati juadah berbuka atau bersahur, lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum berkeluarga.

Peluang bisnes bermusim seperti ini perlu direbut oleh belia Melayu untuk memperoleh pendapatan sampingan bagi menghadapi musim perayaan yang akan tiba.

Kebiasaannya bila tibanya bulan ramadhan, ramai yang berniaga makanan dan minuman, tetapi bagi mereka yang mempunyai latarbelakang bidang pengkomputeran, juga masih mempunyai peluang berniaga. Antara peluang yang boleh dicapai pada bulan ramadhan dan musim perayaan ialah merekabentuk kad ucapan tradisional atau elektronik, menjual cd interaktif ucapan perayaan dan merekabentuk "wallpaper" untuk telefon bimbit. Banyak lagi peluang yang boleh dicipta dalam musim-musim sebegini mengikut minat dan kreatif masing-masing.

Akhir sekali, ingatlah usahawan yang tulin berani menghadapi risiko kegagalan, tidak mudah terkesan dengan kegagalan, bangkit dengan matlamat baru setelah menghadapi kegagalan dan yang paling mustahak, usahawan Melayu perlu mencipta sendiri peluang bisnes yang baru dan menjadi "pemimpin" dalam bidang tersebut. Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat "pencipta" bukan hanya sebagai masyarakat "pengguna".

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com