Salam sejahtera...
Saya pasti bahawa anda akan bersetuju apabila saya mengatakan dunia ini semakin kecil dengan wujudnya pemasaran rangkaian sosial melalui internet. Hari ini kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja yang berkongsi maklumat bersama dengan hanya duduk di kerusi, di dalam keselesaan rumah melalui pelbagai laman web pemasaran rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace, LinkedIn, Flickr dan banyak lagi.
Kelebihan untuk pemasaran di Rangkaian Sosial
-Ini adalah cara yang sangat baik untuk sentiasa berhubung dengan rakan-rakan, agen pasaran, blogger dan Keluarga. Anda juga boleh berinteraksi dengan kelompok-kelompok tertentu di seluruh dunia tanpa perlu bertemu hanya untuk bersembang kosong dengan secawan kopi.
-Hari ini, hampir semua carian majikan untuk calon-calon yang berpotensi melalui laman-laman web rangkaian pemasaran profesional seperti:, Twitter, MySpace, LinkedIn, Flickr dan banyak lagi. Mereka lebih suka jika anda mempunyai profil dalam talian supaya mereka dapat merujuk pada rekod kerjaya lalu, jenis sambungan rangkaian sosial yang anda miliki, serta bersama pekerja dan pengurus tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, LinkedIn mempunyai seksyen syor di mana anda boleh meminta rekod masa lalu anda, rakan sekerja atau pengurus untuk menyemak prestasi kerja masing-masing. Dengan itu ia memudahkan lagi pihak tertentu dalam memilih pekerja yang sesuai dengan tugasan yang ada.
-Pengembaraan telah menjadi semakin mudah, terima kasih kepada rangkaian pemasaran sosial dalam mempromosikan laman web anda dan anda juga boleh mendapatkan pelawat percuma dan unik darinya. Semasa anda membuat jadual perjalanan anda, anda boleh melawat mana-mana laman perkongsian foto seperti Flickr, Photobucket, Photofania dan lain-lain untuk melihat apa sahaja tempat yang bakal anda lawati atau hanya pergi ke YouTube untuk lihat video berkaitan dengannya.
-Sebagai contoh, saya tidak akan menghadkan pasaran hanya pada rangkaian sosial Facebook, Twitter atau LinkedIn. Saya ingin berkongsi idea dan tips dengan setiap orang yang membaca serta berkongsi pendapat melalui komen yang diberikan terhadap sesuatu pandangan atau perkara.
-Ini adalah hampir seperti rantai makanan! Saya hanya seekor labah-labah di suatu tempat dalam World Wide Web yang cuba untuk berkongsi pandangan saya dengan berjuta-juta "Spider" lain di tempat lain di dunia laman web. Dan pada masa yang sama saya cuba untuk mendapatkan faedah kewangan daripada semua aktiviti rangkaian saya.
Kekurangan bagi pemasaran dalam Rangkaian Sosial
-Sesetengah orang mengambil kesempatan atas kelemahan yang ada dalam sistem perkongsian rangkaian sosial dengan tidak mahu namanya disiarkan di internet, dengan itu memberikan peluang untuk memuat naik kandungan yang tidak diperlukan (sebagai contohnya seperti pornografi). Tetapi saya gembira bahawa laman web seperti FreeArena.Org atau YouTube mempunyai penampan terhadap masalah seperti ini. Dan laman web yang popular seperti Facebook mempunyai fungsi tetapan privasi yang cukup untuk melindungi daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
-Berapa banyak yang anda mahu untuk mendedahkan maklumat tentang diri anda di internet akhirnya terpulang kepada pendirian anda dan saya akan menasihati anda untuk memeriksa keselamatan dalam mana-mana laman web sebelum anda mendaftar dan mendedahkan segala butir-butir peribadi seperti yang diminta. Anda juga perlu berhati-hati dengan semua gambar yang anda muat naik di internet, kerana dengan teknik pengeditan berkomputer, segala kemungkinan bahaya boleh berlaku dalam saat tidak terduga.
-Cuba untuk tidak terlalu lantang bersuara tentang apa yang anda tidak suka sama ada mengenai pekerjaan, bos atau rakan-rakan anda di laman rangkaian sosial. Sudah tentu keadaan negatif ini tidak akan membantu anda dalam apa jua cara untuk mencari penyelesaian masalah, kerana ia boleh menjadi penyebab untuk anda terjerumus dalam banyak masalah.
-Cuba kekalkan semua "wall post, tweet atau blog" ke arah perbincangan yang lebih umum dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dengan orang lain sahaja. manakala di forum awam atau laman web tertentu, elakkan daripada membuat komen yang bersifat perkauman, jenaka melampau dan lain-lain perkara yang sensitif pada sesetengah golongan.
-Rangkaian sosial atas talian sangat popular di kalangan remaja hari ini dan kita telah membaca tentang banyak kejadian jenayah yang telah berlaku kerana pendedahan yang keterlaluan. Kita harus mengelak daripada menghubungi orang yang tidak dikenali di laman web seperti Facebook di mana kebanyakan dari kelompok kita berkongsi banyak maklumat peribadi antara rakan-rakan dan keluarga.
**p/s : tidak salah kita mengambil kesempatan melalui "kuasa" yang telah ditawarkan dalam rangkaian pemasaran sosial atas talian tetapi berhati-hati semasa menggunakan. Gunakan segala kelebihan yang ada untuk meluaskan jaringan perniagaan yang sah di sisi agama dan undang-undang


