ManggaAd - imej segar, promosi hebat..!!!

Media pengiklanan baru yang memberi impak berkesan pada dunia blog.

Salam sejahtera,

Dalam 3 tahun kebelakangan ini, dunia weblog (blog) semakin meriah. Ramai kalangan pengguna internet mulai sedar akan kuasa yang ada pada media blog ini, walaupun kadang kala ianya ditenggelami oleh populariti rangkaian sosial seperti Friendster,Facebook dan Myspace. Malah, mereka yang mempunyai pekerjaan tetap serta suri rumah juga menggunakan blog bagi mengiklankan produk jualan mereka sebagai penjana pendapatan sampingan.

Tahun ke tahun, revolusi pengiklanan di internet semakin pesat membangun. Pelbagai agensi atau syarikat pengiklanan, berlumba-lumba menawarkan produk, program dan perkhidmatan bagi menarik syarikat-syarikat besar, selaku "pemain ekonomi" negara agar beriklan dengan syarikat masing-masing. Terlangsungnya iklan yang dipaparkan adalah berkualiti dan mendapat sambutan pelayar internet.

Bagi ICT Niaga Enterprise, ManggaAd adalah satu syarikat yang membawakan konsep yang menarik dengan menampilkan imej yang segar bagi memperkenalkan konsep "pengiklanan blog" kepada para blogger juga "pemain industri" di Malaysia. Dengan penggunaan warna tema yang "muda" serta menyokong penggunaan Bahasa Malaysia, sekaligus bercirikan keMalaysiaan yang juga menggambarkan jenama buatan Malaysia serta mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.

Statistik jangkitan virus komputer Julai 2010

Senarai disusun mengikut jumlah kes tertinggi


1. Net-Worm.Win32.Kido.ir

2. Virus.Win32.Sality.aa

3. Net-Worm.Win32.Kido.ih

4. Net-Worm.Win32.Kido.iq

5. Exploit.JS.Agent.bab

6. Trojan.JS.Agent.bhr

7. Worm.Win32.FlyStudio.cu

8. Virus.Win32.Virut.ce

9. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql

10. Worm.Win32.Mabezat.b

Linux di pc? Sudahkah anda bersedia..?

Ramai yang sedia maklum mengenai kelebihan penggunaan Linux sebagai sistem pengoperasian (OS) pada komputer anda sama ada deskstop mahupun laptop.  Sehingga ke hari ini, pelbagai variasi Linux telah dikeluarkan oleh komuniti sumber terbuka dalam menghasilkan versi Linux mereka sendiri mengikut keperluan dan idea masing-masing.

Malah ICT Niaga juga telah memiliki salinan OS Linux Ubuntu versi 10.4. Setelah progran itu di "burn" ke cd, para pengguna diberi kesempatan untuk mencuba OS tersebut sebelum dipasang ( install ) pada komputer.  Setelah menguji Linux Ubuntu versi 10.4, ICT Niaga dapati ianya menarik, memiliki fungsi-fungsi yang dilengkapi dengan perisian aplikasi yang kebiasaannya diperlukan oleh pengguna komputer dalam urusan seharian tanpa perlu memasang perisian yang berasingan.  Boleh dikatakan ianya "semua dalam satu".  Ia juga agak "ringan" dan tidak membebankan kelajuan cpu komputer anda.

Namun, kebanyakkan perisian hari ini masih lagi dibina menggunakan asas landasan Windows.  Mungkin kerana itu, ramai pengguna komputer seperti keberatan untuk beralih ke Linux.  Namun masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan penggunaan perisian tertentu bagi mengintergrasikan penggunaan perisian berasaskan sistem Windows ke platfom Linux.  Bagi tujuan itu, ICT Niaga akan memaklumkan di blog ini pada artikel yang akan datang...

ICT Niaga kini berusia 3 tahun..!

Assalamualaikum.., syukur kepada Allah S.W.T kerana usia ICT Niaga Enterprise pada hari ini telah mengjangkau 3 tahun.  Pelbagai dugaan berterusan serta berangkai telah dan sedang syarikat kecil ini lalui.  Namun, itu tidak menghalang saya selaku pemilik ICT Niaga memberi perkhidmatan yang sehabis baik untuk para pelanggan yang sudi masuk ke dalam premis ICT Niaga.

Pada "ulang tahun kelahiran" syarikat kecil milik bangsa Melayu ini, saya berdoa agar dapat bertahan dalam iklim Malaysia yang masih kesamaran mencari kesejahteraan ekonomi.  Agar dengan itu sambil mencari rezeki, dapatlah juga saya berbakti kepada pelanggan dan orang awam yang kebanyakkannya adalah mahasiswa UiTM cawangan Banda Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Statistik jangkitan virus komputer Jun 2010

Senarai di bawah mengikut susunan jumlah jangkitan seperti yang dilaporkan oleh Kaspersky Lab

1.   Trojan-Clicker.JS.Iframe.bb
2.   Exploit.JS.Agent.bab
3.   Trojan-Downloader.JS.Pegel.b
4.   Exploit.Java.CVE-2010-0886.a
5.   Trojan.JS.Agent.bhr
6.   Exploit.JS.Pdfka.clk
7.   not-a-virus:AdWare.Win32.FunWeb.
8.   Exploit.JS.Pdfka.ckp
9.   Worm.Win32.VBNA.
10.  Trojan-Clicker.JS.Agent.ma

Mengikut maklumat yang diperolehi Kaspersky Lab, Malaysia menduduki tangga ke lapan dengan peratusan 2.9%, iaitu dari negara-negara yang mempunyai masalah malware / virus komputer
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com