Servis Tambahan

Malaysia Web Hosting

Khamis, 8 Mac 2012

Fungsi Kekunci F4 pada "keyboard"

 


Ada beberapa cara menggunakan fungsi F4 terletak pada keyboard (papan kekunci) iaitu seperti:

  • Anda boleh menggunakannya untuk menutup aplikasi yang terbuka. Pastikan program yang anda ingin tutup dipilih dahulu, tekan Alt + F4 dan secara automatik ia akan menutup tetingkap. 
  • Jika anda menggunakan salah satu aplikasi tunggal yang mempunyai pelbagai dokumen di dalamnya, tekan Ctrl + F4 dan ia hanya akan menutup satu tetingkap, bukan keseluruhan program.
  • Anda juga boleh menggunakan F4 untuk mematikan komputer anda. Pastikan semua program anda tertutup dan tekan Alt + F4. Itu akan memunculkan kotak "Turn off computer" dan anda boleh meneruskan dengan normal untuk shut down. Menekan Alt + F4 adalah sama pada Mula, Matikan komputer.

Khamis, 23 Februari 2012

Mengetahui Ralat Internet

 
 
Mengenal ralat internet apabila melayari sesuatu laman web adalah penting dalam mengenalpasti masalah dari peringkat awal sebelum ia mejadi lebih besar. Ada beberapa mesej ralat yang anda perlu tahu ketika melayari internet iaitu : 

401 Unauthorized 
Anda gagal cuba mengakses sesebuah laman web. Mungkin anda bukan seorang pelawat berdaftar bagi laman web tersebut. Kiranya anda bukan ahli berdaftar. Ia terjadi apabila kata laluan yang dimasukkan tidak betul. Jika anda ahli berdaftar, cuba sekali lagi masukkan kata laluan dan anda perlu mengambil kira kata laluan [ sensitif ] seperti huruf besar.

400 Bad File Request  
Ini selalunya terjadi apabila sintaks digunakan dalam url adalah tidak betul [ contoh : huruf besar anda tukar jadi huruf kecil dan salah tanda baca ]. Semak alamat url, pastikan alamat url yang anda taip betul. 

404 File Not Found  
Ralat ini disebabkan laman web yang cuba anda layari tidak wujud. Anda perlu memastikan samada url yang anda taip itu betul. Anda boleh refesh page. Jika tidak berjaya anda boleh guna nama domain saja untuk carian. Contohnya www.lpj.gov.my/index, anda padamkan sambungan selepas nama domain www.lpj.gov.my , anda boleh mencari fail yang dikehendaki melalui link terletak pada laman web tersebut. 

408 Request Timeout  
Ia terjadi apabila anda memberhentikan permintaan pada server sebelum server sempat menjumpai fail yang anda request. Anda tekan butang stop sebelum page yang anda "request" dipaparkan.

Bad File Request  
Server tidak dapat mentafsirkan "borang" yang hendak diproses. Biasanya terjadi ketika mengisi borang. Kemungkinan pelayar atau browser anda tidak menyokong aplikasi borang tersebut. Bagi kes ini, anda boleh menghantar message kepada webmaster laman web tersebut dan memberitahu masalah ternikal yang berlaku beserta pelayar yang anda guna ketika itu.

Rabu, 18 Januari 2012

Tanda-tanda komputer "dirasuk" virus


Salam sejahtera.....

Dalam dunia tanpa sempadan ini yang semakin dikuasai oleh komputer (pc) dan aplikasinya, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi boleh disalahgunakan seperti merompak wang di bank secara online dan mencuri maklumat sulit individu ataupun organisasi tertentu. Virus yang asalnya dicipta untuk tujuan "suka-suka" dan akhirnya kini ia menjadi satu jenayah serta menyusahkan orang lain.

Walaupun kebanyakkan komputer mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat kerana ada antara pengguna komputer yang tidak ambil endah dan ada yang tidak tahu cara untuk mengemaskini perisian anti virus yang dipasang pada sistem komputer masing-masing.

Berikut adalah antara tanda-tanda pc anda telah dijangkiti virus :
  • Windows melakukan proses reboot berulangkali.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan. 
  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di pasang.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Selasa, 17 Januari 2012

Fungsi pengiraan ringkas di dalam perisian Microsoft Word


Walaupun perisian Microsoft Word bukannya perisian sesuai digunakan untuk membuat pengiraan (kebiasaannya para pengguna komputer akan menggunakan Microsoft Excel), kadang kala terdapat maklumat yang wujud ketika kita menyediakan dokumen dan memerlukan pengiraan atau semakan secara cepat. Pengiraan ringkas boleh dilakukan di dalam perisian "Word" itu sendiri tanpa perlu menggunakan perisian pengiraan yang lain. 

Sebelum menggunakan fungsi itu, ia perlu diaktifkan dan diletakkan di dalam menu. Untuk mengaktifkan kemudahan itu ikuti langkah berikut:
  1. Pergi ke Menu Tools dan pilih Customize.
  2. Pilih tab Commands dan pilih kategori All Commands. Di dalam ruang Commands pilih ToolsCalculate.
  3. Tarik Command ToolsCalculate dan pilih menu Tools, letakkan Command ToolsCalculate di bawah AutoSummarize.
  4. Untuk mendapatkan jumlah di antara nombor yang terdapat di dalam dokumen, anda hanya perlu tandakan (highlight) nombor dan pilih.
  5. Jawapan pengiraan akan dipaparkan di bahagian bawah skrin.
Keputusan pengiraan juga disimpan di dalam memori dan boleh dipaparkan semula di dalam dokumen dengan menggunakan arahan Paste. Pengiraan juga boleh dilakukan untuk nombor yang berada di dalam bahagian yang ditandakan (highlight).

Jumaat, 30 Disember 2011

Penyelesaian masalah Komputer "Hang"



Jika anda mulai berhadapan dengan masalah seperti menggerakkan mouse, tetapi penunjuk mouse langsung tidak memberi respon, atau walaupun anda menekan kekunci 'Caps Lock' berkali-kali, tetapi lampu penanda caps lock di keyboard anda tidak menukarkan statusnya, sama ada menyala statik atau tidak menyala langsung, maka anda berkemungkinan besar menghadapi masalah dengan hardware.

Apa yang perlu anda lakukan? Pertama sekali yang perlu diingatkan, apabila berlaku masalah hardware, maka kekunci Alt + Ctrl +Delete juga tidak mampu menyelamatkan komputer anda serta operasi yang anda sedang laksanakan di Windows. Jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menghidupkan semula/restart komputer anda.

Dalam beberapa keadaan, butang Reset juga tidak mampu untuk menghidupkan semula komputer anda. Maka anda perlu mengambil langkah yang lebih ekstrem - mematikan bekalan kuasa elektrik di suis dinding.


Adakah komputer akan rosak jika berbuat demikian?

Anda sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini, ini kerana sememangnya tiada cara lain lagi bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh hardware. Anda mungkin pernah mendengar bahawa dengan mematikan komputer secara paksa oleh menyebabkan hard disk anda rosak. Apabila komputer anda dimatikan secara paksa, secara tidak langsung aplikasi yang sedang beroperasi juga tidak dapat dimatikan secara sempurna, dan seterusnya mengakibatkan terlalu banyak fragmented files dan cluster yang tidak dapat dipadam dengan sempurna dan memenuhi hard disk anda. Ini boleh menyebabkan hard disk anda bertambah 'sesak dan sempit' walaupun anda menjalankan operasi pembersihan "Disk Cleanup".

Seterusnya, anda mungkin ingin cuba menghidupkan semula komputer anda dan memasuki semula windows. Jika anda dapat menghidupkannya semula dan menggunakan Windows tanpa sebarang masalah - syabas! Tetapi, sekiranya sebelum sempat anda memasuki Windows, ataupun setelah beberapa ketika memasuki Windows, komputer anda mulai menujukkan simptom masalah hardware (sekali lagi), maka beberapa soalan perlu diketahui seperti :
  • Adakah anda telah memasang apa-apa peralatan lain di komputer baru-baru ini?
  • Apakah anda telah mengubah apa-apa konfigurasi pada peralatan terutamanya di BIOS setup menu?
  • Adakah anda telah mengemaskini / update peralatan pada komputer aku baru-baru ini (seperti update driver graphics card, sound card dan lain-lain)?
Jika anda baru memasang apa-apa peralatan pada komputer anda. Kemungkinan besar peralatan itu menjadi punca pada masalah anda. Apa yang perlu anda lakukan? Buka penutup Mini Tower Casing anda, dan tanggalkan hardware itu dari sistem komputer. Kemudian cuba hidupkan semula komputer anda.


Atau jika hardware yang anda pasang itu amat penting dan anda memerlukannya, maka anda mungkin perlu mendapatkan driver terkini dari laman web pengeluar hardware berkenaan. Dan pastikan ia mendapat pengesahan WHQL Digital Signature dari Microsoft.  Anda juga amat digalakkan untuk mengemaskini driver motherboard pc atau laptop anda bagi memastikan komputer / pc anda mampu menerima kemasukan peralatan baru.

Jika anda baru mengemaskini driver terbaru untuk hardware anda, kemungkinan anda menghadapi masalah bug pada driver terbaru itu. Masuk ke Safe Mode dan pasang kembali driver asal yang diketahui boleh berfungsi dengan baik.

Sekiranya anda pernah mengubah apa-apa konfigurasi pada hardware sebelum ini, maka ubah kembali ke konfigurasi asal komputer.

Klik gambar di bawah untuk memilih perkhidmatan

Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.comMininiagaTwisto.my

Koleksi artikel Busuk.org