Untuk memastikan pengguna sentiasa berkomunikasi dalam dunia tanpa sempadan, kebanyakan model telefon bimbit sudah pun menawarkan aplikasi sambungan rangkaian 3G.
Tidak cukup dengan itu, komputer peribadi (PC) juga kini telah dilengkapkan dengan aplikasi berkenaan sebagai alternatif kepada kawasan yang sukar untuk mendapatkan akses Internet. Inisiatif tersebut sebenarnya telah dijalankan oleh syarikat pengeluar komputer, Qualcomm Incorporated dalam menghasilkan sebuah PC dengan aplikasi sambungan Internet wayarles berkelajuan tinggi.
Komputer yang diberi nama Kayak itu didatangkan dengan sambungan jalur lebar 3G tersedia tanpa memerlukan peranti atau aksesori luar secara berasingan.
Secara asasnya, fungsi tersebut dipacu oleh stesen mobiliti Qualcomm Dual Core dengan siri set cip MSM7xxx.
Antara ciri yang ditawarkan oleh Kayak adalah seperti aplikasi pelayaran web 2.0, pelayaran menerusi perisian Opera dengan resolusi desktop, menyokong aplikasi televisyen serta sesuai digunakan bersama peralatan asas seperti tetikus, papan kekunci, permainan muzik dan konsol permainan video.
Naib Presiden Pemasaran Korporat Inventec Corporation, Mark Hirsch berkata, pengenalan komputer tersebut bakal merancakkan industri telekomunikasi dalam beberapa tahun akan datang.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Pengurusan Produk Qualcomm CDMA Technologies, Luis Pineda berkata, komputer tersebut bakal membawa era baru dalam komuniti internet secara global. Maklumat lanjut mengenai produk berkenaan boleh diperolehi di laman web http://www.qualcomm.com/.
Sumber: Utusan Malaysia
Salam Syawal 1430 / 2009

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan selamat hari raya aidilfitri kepada anda, khususnya kepada mereka yang telah menjadi pelanggan ICT Niaga Enterprise.
Untuk makluman anda, perkhidmatan ICT Niaga Enterprise masih lagi boleh didapati di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka walaupun kini hampir dua tahun ICT Niaga Enterprise beroperasi di Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka. Saya selaku pemilik syarikat masih lagi mengekalkan operasi di Kampung Tanjung Rimau Dalam dan kawasan sekitarnya kerana berhasrat untuk memudahkan para penduduk mendapat sebarang jenis perkhidmatan yang berkaitan komputer tanpa perlu "berjalan" jauh ke pekan atau bandar.
Sebagai anak jati yang membesar di Kampung Tanjung Rimau Dalam, saya melalui ICT Niaga Enterprise telah lama mahu berbakti pada penduduk kampung dengan "Projek Komputer dan IT", hanya menunggu modal yang mencukupi serta masa yang tepat untuk melaksanakannya.
ICT Niaga dan Zad & Associates
Projek ini dilaksanakan atas permintaan PIBG sekolah tersebut bagi memenuhi keperluan warga-kerja sekolah berkenaan serta para murid agar mereka dapat menyertai dan memanfaatkan dunia teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dengan lebih mudah lagi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak TM Melaka, melalui pegawai pemasaran mereka iaitu Nur Fadhilah atas segala urusan semasa dan selepas penyediaan "Streamyx" di S. K. (P) Methodist 2. Masa yang diambil oleh pihak TM Melaka dalam menguruskan keperluan projek ini amatlah memuaskan.
Untuk makluman para pembaca, ICT Niaga Enterprise dan Zad & Associates Computer Centre mempunyai premis di tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.
Peluang untuk belajar
Assalamualauikum dan salam sejahtera... Dimaklumkan kepada semua para pembaca terutamanya yang berada di sekitar Melaka. ICT Niaga Enterprise dengan kerjasama GIATMARA Melaka telah membuka peluang untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah dan tidak mempunyai apa-apa aktiviti sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan, untuk mendapatkan pengetahuan dalam bidang komputer secara percuma untuk sepenuh masa. Ia merangkumi peringkat asas hingga pertengahan. Elaun sebanyak RM200.00 setiap bulan diberikan kepada mereka yang benar-benar berminat serta mengikuti kursus ini dengan lengkap. Sijil tamat kursus juga akan diberikan. Untuk keterangan lanjut, sila hadir ke "Kedai Komputer" ICT Niaga Enterprise di 1.3B Tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.
Langgan:
Catatan (Atom)







