Siri Seminar SMI Biznet
Aktiviti ICT Niaga sepanjang minggu lepas
- Pada tarikh 6/11/2008, ICT Niaga Enterprise telah mengikuti seminar SMI Biznet anjuran TM Melaka yang bertempat di Melaka Straits Hotel. Dalam seminar tersebut, para pelanggan TM & usahawan diperkenalkan dengan "Pakej WANG" dan "infoblast". Maklumat lanjut boleh didapati pada laman web berikut : http://www.tmsme.biz/
- Bermula dari tarikh 12/11/2008 hingga 14/11/2008, ICT Niaga Enterprise dengan kerjasama Wannor Spa & Beauty (wannorspa.wordpress.com) telah mengadakan promosi perkhidmatan dan jualan di Bangunan Wisma Negeri, Jalan Wisma Negeri, Kompleks MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
MARA percepat tempoh proses salur pinjaman
Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tindakan itu dilakukan memandangkan tempoh empat bulan sebelum ini terlalu lama selain memastikan pinjaman dapat disalurkan dengan segera tanpa kerenah birokrasi.
Katanya, MARA kini dalam proses melakukan perubahan memperbaiki sistem penyampaian supaya tidak timbul isu kelewatan menyalurkan pinjaman kepada usahawan Bumiputera.
Ketua Pengarah MARA, Datuk Nam Marthinin sudah mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan arahan kepada kakitangannya mempercepatkan proses penyaluran pinjaman itu.
"Kita akan memastikan setiap permohonan dapat diluluskan dalam masa singkat iaitu dua minggu saja", katanya pada sidang media selepas melancarkan Business Solution Centre, di sini, semalam.
Hadir sama, Nam Marthinin dan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Mohamad Samion.
Sebelum ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan pengurusan MARA menyalurkan pinjaman.
Sementara itu, Idris berkata MARA sudah meluluskan pinjaman RM1.2 bilion sejak 2006 hingga tahun ini.
~ Artikel diambil dari Harian Metro, 14 Oktober 2008
Masa dalam perniagaan
Berikut adalah 3 kunci merancang masa:
Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya.
Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyakmasa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada hari sebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari. Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari. Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untukmerancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangani hari yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.
Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan.
Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalahmenyenaraikan apa yang anda perlu lakukan. Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, Cdan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. TandakanA pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yangkurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yang kurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung. Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentingan ini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukan terlebih dahulu.
Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkah daripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkin sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya seperti menonton TV atau bermain computer game. Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada orang lain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B. Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlu memberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti anda mengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C.
Sekiranya ada masa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalam audio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukan perkara D! Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yang anda merancang untuk gagal dalam menguruskan masa!
Kunci #3: Prinsip 80-20.
Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil! Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?
Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya. Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% dari pada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!
Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% dari pada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain. Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% dari pada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankan perniagaan ada!
-Irfan KhairiUntuk lagi tip perniagaan, kewangan & kejayaan, lawati
Selamat Hari Raya Idulfitri 2008
Kini ICT Niaga Enterprise dalam proses penstrukturan semula promosi perkhidmatan. Diharapkan sesiapa yang tahu mengenai perkhidmatan ICT Niaga Enterprise ataupun mengenali saya, agar menghebahkan kepada rakan-rakan mahupun sesiapa yang memerlukan perkhidmatan berkaitan komputer dan multimedia.
Diharapkan anda adalah antara insan yang bersama-sama saya memperkasakan ICT Niaga Enterprise di persada perkhidmatan servis komputer dan multimedia. Cita-cita saya untuk menjadikan ICT Niaga Enterprise sebagai syarikat milik bangsa Melayu Islam yang dapat menjana ilmu dan ekonomi umat Islam di Malaysia.
Anda boleh berjumpa saya di 1.3B tingkat 1, Kompleks Hang Tuah dalam waktu 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Sabtu. Ataupun di Kampung Tanjung Rimau Dalam. Minta kerjasama dari anda agar menghubungi saya terlebih dahulu sebelum datang berjumpa.





